Join Sekarang!!!

Friday, October 30, 2009

Wang Bukan Penentu Kebahagian

Sambungan dari cerita sebelum ini, melihat telatah mereka semua memaksa peserta baru untuk menjadi downline mereka, membuatkan saya berfikir.Adakah ini cara mereka mengejar kekayaan. Mungkin konsep ini sesuai dan salah satu cara atau teknik perniagaan. Tapi bagi mereka yang beragama islam, saya merasakan satu penipuan dan kekejaman berlaku terhadap mereka yang kurang mampu dan dipaksa.
Bayangkan, salah seorang ( atau mungkin lebih...) daripada peserta baru yang datang untuk mengetahui apakah bisnes yang dijalankan oleh meraka ini adalah terdiri daripada pelajar. Paling menyedihkan bilamana saya mendengar mereka memujuk pelajar berkenaan mengeluarkan pinjaman PTPTN untuk menyertai mereka. Adakah kita tidak merasa apa-apa kalaulah hal yang sedemikian berlaku terhadap adik-beradik atau saudara mara kita? Saya amat kagum dengan kegigihan mereka mencari peserta baru atau lebih dikenali downline mereka ini. Tapi, biarlah berpada-pada, ingatlah, bukan semua orang berduit...modal yang dipakai senang je, membuka peluang...tapi sebelum tu memakan uwang!

Thursday, October 29, 2009

Pengalaman dipaksa keluarkan duit sewaktu seminar MLM

Assalamualaikum.........
Perghhhhhhhhh....penat dan kepala berasap!
Pengalaman yang paling mengajar aku dalam bercita-cita sangat nak jadi JUTAWAN! Aku baru balik dari seminar paksa orang pinjam duit ajak sedara mara kat kampung yang tak berduit jadi JUTAWAN!
Aku rasa dalam internet ni kita berhak memberikan pandangan dan aku amat tertarik untuk memberikan pandangan aku berdasarkan pengalaman saya malam ni. Pertama sekali saya memohon ampun dan maaf bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau secara tak langsung. Harapan saya tiada yang terasa dan berdendam atau marah dengan saya dengan pernyataan ini.
Alkisah la...saya ni berminat sangat nak tahu cerita-cerita JUTAWAN yang kebanyakan disiarkan di dalam majalah-majalah tempatan hari ini. Terus dari situ saya pun menelefon nombor yang tertera di majalah tersebut untuk mengetahui apakah rahsia disebalik kejayaan beliau. Kalau majalah yang menyiarkan cerita ini adalah majalah yang tak seberapa nak glamour, saya tak kisah. Masalahnya majalah ini adalah majalah no.1 kaum wanita di Malaysia agaknya la. So, siapa yang tak percaya dengan apa yang dinyatakan? Termasuklah saya.
Selepas menelefon nombor tersebut, si JUTAWAN ini mengaturkan pertemuan dengan saya. Sebelum itu saya pun ada cuba la mendapatkan sedikit info daripadanya melalui telefon. Katanya susah untuk dibicarakan dalam telefon dan lagi baik bersemuka dan dia dengan yakinnya menawarkan saya pendapatan RM20K sebulan. Wow!
Apa salahnya kalau nak tahu kena belajarkan? Dengan niat untuk mengetahui, saya pun pergilah ke tempat yang dijanjikan tanpa mengetahui apakah bisnes yang dijalankan. Betapa banyaknya kekangan yang dilalui, sesat jalan, minyak nak habis tambahan pula anak menangis ni, nak tidur la katakan da malam.
Tapi tak apa, nak jadi JUTAWAN punya pasal semua sanggup buatkan (correction! itu bukan saya)? setibanya di kawasan kejadian, alangkah terkejutnya saya...terkena la saya ni...rupa-rupanya kena masuk seminar selama 2 jam lebih lamanya. Tapi takpe, seminar percuma je, apa salahnya kalau dengar kan, bukannya kena JOIN!
Itulah yang ada dalam kepala saya ni, so dengar celoteh dari penyampai yang hebat ni...eh semua ni saya da biasa dengar la, cuma bezanya da lama tak dengar je. Hehehe..cuti setahun tak duduk Mesia. Tapi takpe untuk menambah pengetahuan saya teruskan juga, sekurang2nya dapat juga tahu apa product yang dibawakan dan apa harga untuk JOIN kan?
Alangkah terkejutnya saya...masyaALLAH...banyak tu duit nak kena keluarkan dan pulangan dia belum tentu lagi. Takpe-takpe, ceramahnya belum habis lagi, dengar sampai habis dulu...Tup..tup..berlalu la 2 jam dengan penuh kepenatan dan kerisauan dengan anak isteri kat bawah bateri handphone yang da mati.

Tuesday, October 27, 2009

Kekangan Perjalanan Ke Arah Jutawan

Salah satu kekangan yang boleh membuat kita rasa nak mengalah...

Sunday, October 25, 2009

Setapak Melangkah Ke hadapan

Salam,
JOM SAMBUNG CERITA SEMALAM?!..Ramai di antara kita menganggap rezeki datang bergolek dengan hanya melabur di dalam bengkel-bengkel keusahawanan dan selepas itu boleh berpeluk tubuh menunggu duit masuk ke akaun.
Saya cuba bertanya dan mengkaji kehidupan saya sendiri. Selama ini, segala yang apa kita capai adalah dengan usaha dan ketekunan. Jarang benar berlaku dalam hidup saya sesuatu datang bergolek. Tak tahulah saya kalau orang lain ada yang macam tu. Jadi, untuk berjaya dalam dunia internet ini kita juga sepatutnya melakukan perkara yang sama.
Saya sekarang faham kata-kata kebanyakkan speaker workshop-workshop usahawan sebegini. Bukannya dengan menyertai bengkel Jutawan kita akan terus menjadi Jutawan, tetapi usaha dan kerja keras kita tanpa rasa mengalah itulah yang bakal menjanjikan pulangan kepada kita.
Bagi saya, bengkel seperti ini cukup bagus kerana segala informasi yang terselindung mampu kita perolehi secara terus dari mereka yang dah berjaya. Saya tabik habis pada Jutawan kita Irfan Khairi kerana segala maklumat yang amat berguna.
Apa yang paling berharga dari kata-kata beliau ialah, kita tidak seharusnya gelojoh dalam mencapai cita-cita. Itu adalah pemahaman saya dari kata-kata beliau. Segala yang disampaikan adalah benar kerana sebelum ini, saya banyak mengkaji dengan iklan-iklan promosi di internet yang banyak menjanjikan impian yang manis sekali. Hakikatnya kita terpedaya dan kesudahannya wang yang dilaburkan untuk membeli produk-produk yang digelar mesin penjana wang ini tidak berfungsi.
Bersabarlah kawan-kawan yang dahagakan kejayaan...Kejayaan itu adalah milik kita SEKIRANYA kita berusaha ke arahnya. Putus asa? jangan risau, bacalah buku-buku seperti MENTOR JUTAWAN (bukannya nak promote lelebih) kerana, ilmu dan bahan bacaan ini akan mampu menaikkan semangat kita untuk berjaya.
Ada yang terlibat dengan program seperti ini kecewa di pertengahan jalan disebabkan masalah sukar mengadaptasi teknologi untuk mencipta laman-laman web yang mampu dijual. Kesannya, segala yang telah dilabur dibiarkan berkubur. Macam yang saya cakap, carilah ilmu bagi menaikkan semangat kita untuk terus berjuang.
Saya seringkali merasa berputus asa dengan kekangan-kekangan dalam menceburi bidang ini. Antara contohnya, masalah dengan kelajuan internet yang amat mengecewakan membuat kita menghabiskan banyak masa menunggu untuk memuat turun sesuatu dari laman web. Tapi tiap kali merasakan begini, saya cepat2 mencari bahan bacaan yang paling saya rasa berkesan untuk diri saya ialah kata-kata dari Mentor Jutawan kita Mr Billi Lim...apa yang dikatanya mampu menaikkan semangat saya.
ALHAMDULILLAH...Langkah PERTAMA saya dah mulakan...POST MY BLOG!(ikut pesanan MENTOR JUTAWAN semasa bengkel)..
OK...cukuplah untuk hari ini, kita sambung lagi ESOK..insyaAllah..

Usaha ke arah cita-cita JUTAWAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera!
JUTAWAN!!!!!!Semua teruja dengan gelaran ini. Tetapi, bagaimanakah seorang JUTAWAN itu sendiri sebenarnya? Adakah tahap tersebut dicapai dalam masa sehari? sebulan? setahun? atau seabad?
Saya sendiri menginginkan gelaran tersebut alkisahnya...Jadi bermula dari cita-cita inilah saya mengkaji, apakah cara-cara seorang JUTAWAN mencapai gelaran tersebut.
Petang tadi saya berbual dengan seorang peserta yang mengikuti bengkel usahawan internet. Banyak yang saya tanya dan banyak yang saya pelajari dari beliau. Bukannya ilmu membuat website yang baik yang saya cari. Bukannya ilmu memulakan perniagaan internet. Tetapi ilmu tentang sikap dan peribadi seseorang yang bercita-cita menjadi seorang JUTAWAN.
Setelah habis menemubual peserta tersebut, dan dalam pada masa yang sama, saya juga sempat bertanyakan tentang rakan-rakan peserta yang lain yang turut serta dalam tersebut. Dari segala percakapan dan informasi dari beliau, saya dapat satu kekuatan untuk saya terus menerokai LANGKAH-LANGKAH JUTAWAN INI!!!
Beliau bukanlah Jutawan dan malahan beliau tidak langsung mempunyai produk untuk diniagakan. Jadi apakah tujuan beliau mengikuti bengkel tersebut? Dan sebahagian dari peserta lain menurut beliau, tidak begitu jelas pun dengan teknologi internet.
Kita bertanya, kemanakah perginya peserta-peserta yang lepas yang telah mengikuti bengkel-bengkel usahawan yang BAKAL melahirkan JUTAWAN INTERNET INI?
Kemanakah mereka semua? Adakah mereka masih aktif melakukan aktiviti perniagaan internet demi mencapai cita-cita JUTAWAN mereka?
Saya tidaklah mempunyai perincian yang tepat mengenai peratusan mereka. Namun, dari pemerhatian saya, 70% dari peserta ini berkubur dengan hasrat mereka.
...CUKUP UNTUK JAM INI DULU...SAYA AKAN SAMBUNG CERITA SETERUSNYA ESOK HARI...