Join Sekarang!!!

Thursday, October 29, 2009

Pengalaman dipaksa keluarkan duit sewaktu seminar MLM

Assalamualaikum.........
Perghhhhhhhhh....penat dan kepala berasap!
Pengalaman yang paling mengajar aku dalam bercita-cita sangat nak jadi JUTAWAN! Aku baru balik dari seminar paksa orang pinjam duit ajak sedara mara kat kampung yang tak berduit jadi JUTAWAN!
Aku rasa dalam internet ni kita berhak memberikan pandangan dan aku amat tertarik untuk memberikan pandangan aku berdasarkan pengalaman saya malam ni. Pertama sekali saya memohon ampun dan maaf bagi sesiapa sahaja yang terlibat secara langsung atau secara tak langsung. Harapan saya tiada yang terasa dan berdendam atau marah dengan saya dengan pernyataan ini.
Alkisah la...saya ni berminat sangat nak tahu cerita-cerita JUTAWAN yang kebanyakan disiarkan di dalam majalah-majalah tempatan hari ini. Terus dari situ saya pun menelefon nombor yang tertera di majalah tersebut untuk mengetahui apakah rahsia disebalik kejayaan beliau. Kalau majalah yang menyiarkan cerita ini adalah majalah yang tak seberapa nak glamour, saya tak kisah. Masalahnya majalah ini adalah majalah no.1 kaum wanita di Malaysia agaknya la. So, siapa yang tak percaya dengan apa yang dinyatakan? Termasuklah saya.
Selepas menelefon nombor tersebut, si JUTAWAN ini mengaturkan pertemuan dengan saya. Sebelum itu saya pun ada cuba la mendapatkan sedikit info daripadanya melalui telefon. Katanya susah untuk dibicarakan dalam telefon dan lagi baik bersemuka dan dia dengan yakinnya menawarkan saya pendapatan RM20K sebulan. Wow!
Apa salahnya kalau nak tahu kena belajarkan? Dengan niat untuk mengetahui, saya pun pergilah ke tempat yang dijanjikan tanpa mengetahui apakah bisnes yang dijalankan. Betapa banyaknya kekangan yang dilalui, sesat jalan, minyak nak habis tambahan pula anak menangis ni, nak tidur la katakan da malam.
Tapi tak apa, nak jadi JUTAWAN punya pasal semua sanggup buatkan (correction! itu bukan saya)? setibanya di kawasan kejadian, alangkah terkejutnya saya...terkena la saya ni...rupa-rupanya kena masuk seminar selama 2 jam lebih lamanya. Tapi takpe, seminar percuma je, apa salahnya kalau dengar kan, bukannya kena JOIN!
Itulah yang ada dalam kepala saya ni, so dengar celoteh dari penyampai yang hebat ni...eh semua ni saya da biasa dengar la, cuma bezanya da lama tak dengar je. Hehehe..cuti setahun tak duduk Mesia. Tapi takpe untuk menambah pengetahuan saya teruskan juga, sekurang2nya dapat juga tahu apa product yang dibawakan dan apa harga untuk JOIN kan?
Alangkah terkejutnya saya...masyaALLAH...banyak tu duit nak kena keluarkan dan pulangan dia belum tentu lagi. Takpe-takpe, ceramahnya belum habis lagi, dengar sampai habis dulu...Tup..tup..berlalu la 2 jam dengan penuh kepenatan dan kerisauan dengan anak isteri kat bawah bateri handphone yang da mati.

3 comments:

  1. memang MLM HAI-O TERUTAMA GROUP369 NI MEMAKSA
    ADAKAH NI CARA HALAL, EGO SOMBONG BONGKAK,, KATA GAJI 40RIBU, TAPI BELANJA D HOTEL TAK LEH, SETAKAT WARUNG SAYA LEH BELANJA TAK HABIS 40HINGGIT

    ReplyDelete
  2. BAGI SAYA MLM KE APA KEEE, CUBA KITA MUHASABAH DAN TGK BISNESSS YG BAGINDA NABI KITA MUHAMMAD S.A.W. BERNIAGA, BERSIH,JUJUR,AMANAH DAN LAST KERNA ITU MENUMBUHKAN RASA CINTA DARIPADA SAIDITINA KHATIJAH,,,.. BERBALIKLAH KPD HUKUM,. ISLAM IS THE WAY OF LIFE

    ReplyDelete
  3. nak jadi jutawan cekik darah orang...Xder makna nyer....

    ReplyDelete