Tanpa tambahan ilmu di dada seorang tak akan melangkah walau setapak pun dari kedudukan yang sedia ada. Bukan kita seorang sahaja yang teringin menjadi jutawan, malahan ramai lagi rakan-rakan kita di luar sana sedang mengorak langkah ke arah tersebut. Seketika di kedai buku, saya perhatikan ramai yang menelaah buku-buku yang berkaitan dengan jutawan, bagaimana hendak menjana duit, bagaimana nak berbisnes, tak kurang juga yang membelek-belek buku panduan dan motivasi untuk mnjadikan diri mereka jutawan..MUNGKIN!...

Dalam pada keghairahan kita untuk mencapai cita-cita kita, setiap hari kita akan menerima dugaan dan tekanan daripada sekeliling kita. Tapi janganlah jadikan ia sebagai peluntur semangat kita untuk terus berjaya. Inilah dikatakan dugaan...Memang susah untuk menyakinkan orang dengan apa yang kita sedang usahakan.
Ingat..."ILMU" adalah kunci utama kejayaan seorang jutawan. Kejayaan juga bukan mudah tanpa usaha yang gigih. Tak kira usaha yang macam mana sekalipun...Semoga esok akan ada lagi berita baik untuk kita..
No comments:
Post a Comment